Skip to main content

Adakah anda bersedia untuk menikmati pengalaman keselesaan yang mewah?

Kunjungilah butik pameran Maxiflex Sleep Rozel yang baru dibuka di Jalan Klang Lama. Rasai keselesaan yang mewah sebagaimana yang dialami oleh Daiyan Trisha dalam misi mencari tilam yang sempurna.

Alami dan temui tatasusunan eksklusif tilam yang diperbuat daripada bahan terbaik dan direka dengan sempurna di Rozel.

Butik pengalaman Rozel Maxiflex memberikan anda inspirasi reka bentuk bilik tidur

Bilik tidur ialah tempat untuk kita rehatkan minda dan tubuh selepas penat bekerja sehari. Dengan tilam yang selesa dan anggun, anda dapat mengucapkan selamat tinggal kepada semua keletihan dan kerisauan ketika tidur dengan tenang dan lena.

Dari saat kita pulang ke rumah dan membuka pintu, reka bentuk dan susunan setiap perabot dan kelengkapan di rumah bukan sahaja memainkan peranan yang penting, bahkan merupakan elemen penting yang menentukan tempat tinggal hati kita.

Reka bentuk rumah bukan sahaja mencerminkan cita rasa dan gaya pemiliknya; suasana hidup yang selesa juga boleh meningkatkan kebahagiaan, terutamanya di dalam bilik tidur. Bilik tidur ialah ruang yang paling peribadi di seluruh rumah, malah merupakan ruang yang dimiliki penuh oleh tuannya.

Oleh itu, pengalaman hidup yang berkualiti tinggi bermula daripada reka bentuk bilik tidur. Pertimbangan yang paling utama dalam reka bentuk bilik tidur adalah cita rasa dan keselesaan pemilik.

Bagi meningkatkan keselesaan bilik tidur, tilam yang selesa tentu sekali amat diperlukan.

Tilam yang selesa bukan sahaja membolehkan anda menikmati tidur yang lena malah membolehkan anda berehat sepenuhnya di  katil, sambil membaca buku, bermain telefon bimbit, menonton televisyen, menikmati “me time” atau “we time” ” bersama pasangan anda.

Butik pengalaman Jalan Klang Lama bersaiz 6000 kaki persegi yang dinaik taraf.

Maxiflex, jenama tilam di bawah Rozel, faham bahawa tilam bukan sahaja ialah alat yang membolehkan anda tidur nyenyak,  bahkan ialah elemen penting untuk membentuk rumah yang ideal. Selain itu, tilam juga mencerminkan keinginan anda untuk mendapatkan kehidupan yang ideal.

Oleh itu, penubuhan butik pengalaman Maxiflex bukan sahaja membekalkan anda dengan pilihan tilam yang berkualiti tinggi, malah membolehkan anda mendapatkan inspirasi reka bentuk bilik tidur bagi memperoleh zon selesa yang ideal.

Berikutan Taman Tun Ismail (TTDI) Kuala Lumpur dan dua butik pengalaman Maxiflex di Subang Jaya, Rozel sekali lagi membawa butik pengalaman dengan konsep yang sama ke bilik pameran Rozel di Jalan Klang Lama.

Butik pengalaman Maxiflex terletak di tingkat dua, bilik pameran Rozel di Jalan Klang Lama, dan  merupakan versi yang dinaik taraf daripada dua dewan pengalaman sebelumnya.

Butik pengalaman dengan keluasan 6,000 kaki persegi, berserta dengan pereka dalaman professional yang dijemput khas, membawakan anda konsep reka bentuk bilik tidur moden yang selesa.

Selain rangkaian penuh tilam Maxiflex, terdapat pelbagai perabot dan aksesori bilik tidur untuk pilihan anda.

Jika anda baru berpindah rumah baru-baru ini, atau jika anda sedang mencari wajah baharu untuk bilik tidur anda tetapi kekurangan inspirasi, kunjungilah Maxiflex Experience.

Menyediakan konsep reka bentuk bilik tidur

Di sini, anda bukan sahaja boleh memilih tilam yang sesuai untuk anda, bahkan dapat memberikan inspirasi reka bentuk dan panduan padanan hiasan bilik tidur kepada anda.

Meskipun tanpa pereka dalaman, anda boleh menjadi pereka eksklusif bilik tidur anda sendiri serta mendapatkan idea dan konsep awal reka bentuk untuk bilik tidur anda.

Apabila anda melangkah ke dalam butik pengalaman Maxiflex, anda akan berasa kagum melihat butik pengalaman kami yang amat berbeza, berbanding dengan bilik pameran perabot lain yang konvensional.

Reka bentuk yang ringkas namun bergaya mencipta suasana yang anggun dan selesa, membuatkan anda berasa selesa seolah-olah kembali ke rumah anda sendiri. Anda boleh berehat sepenuhnya, mengalaminya dengan baik dan “berbaring” dengan tenang.

Setiap tilam yang dipamerkan mempunyai ruang tersendiri.

Di butik pengalaman Maxiflex, anda tidak akan melihat deretan tilam secara sepintas lalu. Sebaliknya, setiap tilam yang dipamerkan mempunyai ruang tersendiri, seolah-olah melangkah masuk ke bilik tidur dengan pelbagai gaya reka bentuk.

Anda boleh memasuki “bilik tidur” yang berbeza mengikut keinginan anda, dan alami “pasangan tidur” yang anda ingin beli dalam keadaan yang santai.

Pada masa yang sama, anda juga dapat merujuk bagaimana tilam yang berbeza boleh dipadankan dengan rangka katil kulit, meja solek, kabinet, kerusi membaca, perabot dan lampu yang berlainan untuk memaparkan gaya reka bentuk yang berlainan, lalu mendapatkan inspirasi reka bentuk daripadanya.

Anda boleh memilih sebuah tilam sahaja, atau aksesori dan perabot bilik tidur di satu perhentian. Anda juga boleh mendapatkan inspirasi padanan warna untuk reka bentuk bilik tidur anda di sini.

Dengan ini, anda tidak perlu risau terhadap membeli pelbagai perabot secara berasingan yang tidak padan dengan reka bentuk bilik tidur yang anda inginkan.

Tidak kira sama ada anda inginkan  reka bentuk bilik tidur yang elegan, mewah dan bergaya, atau moden dan kasual; tidak kira sama ada saiz keluarga,  pangsapuri atau vila, anda boleh memenuhi keperluan anda di sini.

Rangka katil kulit mewah dan elegan.

Kebanyakan orang hanya memberi perhatian kepada pilihan tilam,  namun mengabaikan aspek “rangka katil” yang amat penting.

Sebenarnya, padanan rangka katil dan kepala katil yang sesuai bukan sahaja memperindahkan reka bentuk bilik tidur secara keseluruhan, bahkan memberikan sokongan kepada tilam dan aspek keselesaan, sekali gus meningkatkan kualiti tidur seseorang.

Maxiflex mempunyai 11 rangka katil kulit mewah dengan reka bentuk berbeza, membolehkan anda memadankan tilam dan gaya reka bentuk dalaman yang berbeza untuk mencipta ruang reka bentuk dalaman yang istimewa.

Rangka katil kulit ini bukan sahaja menunjukkan kualiti yang anggun dan mewah, malah lebih cantik dan tahan lama.

Berbanding dengan rangka katil kain, rangka katil kulit mempunyai fungsi anti-kotoran yang lebih baik, mudah dijaga, dan kurang mengumpul habuk, jadi amat sesuai untuk golongan yang mempunyai hidung sensitif.

Kini, dengan pembelian mana-mana tilam di Maxiflex Experience Store, anda boleh mendapatkan rangka katil kulit pilihan anda dengan separuh harga.

6 jenis tilam untuk pilihan anda.

“Maxiflex” yang menekankan aspek “kekuatan, kelembutan dan kecantikan”, yang jenamanya berasal daripada frasa Inggeris “Maximum Flexibility”.  Melalui reka bentuk yang ergonomik, selesa dan mewah, Maxiflex menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan mampu milik,  serta bertujuan membantu semua orang agar dapat melegakan ketegangan emosi, keletihan badan, dan dapat tidur dengan lena.

Maxiflex mempunyai 6 jenis tilam: Spinal Rest, Royal Crown, Royal Jewel, Legacy, Opulent dan Vertex. Anda boleh memilih jenis tilam ekonomi, sederhana atau mewah untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza.

Sepadan dengan namanya, Spinal Rest mempunyai ‘spring mesh’ yang kuat bagi memberikan tahap sokongan yang lebih baik lalu membekalkan penjagaan terbaik untuk tulang belakang anda.

Kedua-dua tilam Royal Jewel dan Royal Crown juga dilengkapi dengan ‘spring poket’ bebas. Royal Jewel mempunyai fabrik antimikrob yang dapat membantu memastikan kebersihan fabrik dan menghalang pertumbuhan semula bakteria serta diperbuat daripada 100% lateks semula jadi.

Manakala Royal Crown diperbuat daripada kapas organik premium semula jadi dan ‘gel memori foam’.

Jika anda menggemari tilam yang diperbuat daripada fabrik sutera yang licin, sejuk, mudah alir udara, anti statik dan tahan UV, ada baiknya anda mempertimbangkan tilam jenis siri Legacy, Opulent atau Vertex.

Tilam Legacy dan Opulen menampilkan sokongan lateks 7 zon yang direka bentuk secara ergonomik, serta sokongan ‘spring poket’ bebas. Vertex dilengkapi dengan 8 lapisan lateks dan mempunyai fungsi pengawalan suhu semula jadi,  membolehkan anda menikmati tidur yang nyenyak setiap malam.

Setiap tilam mempunyai kelebihan tersendiri dari segi kelembutan dan bahan, dan pilihannya bergantung pada keperluan individu. Anda harus mengalaminya sendiri untuk mengetahui yang mana satukah yang paling sesuai untuk anda.

Apabila anda datang ke butik pengalaman Maxiflex, anda boleh berbaring dan merasai keselesaan dan tahap sokongan setiap tilam, lalu memilih tilam yang paling sesuai untuk anda. Anda boleh juga mendapatkan nasihat daripada jurujual profesional kami bagi mengesyorkan tilam yang paling sesuai untuk anda.

Maxiflex juga menyediakan kemudahan selimut, supaya anda boleh mengalami tidur yang lena, seolah-olah berada di rumah anda sendiri.

Bagi memperoleh butiran lanjut berkenaan Rozel Maxiflex, sila kunjungi dewan pengalaman Maxiflex terdekat atau layari laman web rasmi: www.rozel.com.my/maxiflex/.

More info

Contact us

    STAY CONNECTED

    After Sale & Customer Care

    +603 7842 1182

    Monday - Saturday | 9am - 6pm
    Showroom Operation Hours
    Monday - Friday | 11am - 9pm Sat - Sun (Public Holiday) | 10am - 9pm

    Leave a Reply